HALUANITA Selangor ziarah Kompleks HALUAN Penyayang

E-mail Print PDF

20 Jun 2009, Shah Alam – HALUANITA Selangor telah mengadakan Program Ziarah Anak Yatim, Miskin Dan Terbiar ke Kompleks HALUAN Penyayang (KHP) yang terletak di kampung Bukit Naga, Shah Alam, Selangor. Lawatan yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan HALUANITA ini merupakan lawatan rasmi julung kali HALUANITA Selangor. Ia bertujuan untuk mengenalpasti  sumbangan yang boleh diberikan oleh HALUANITA Selangor kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar yang menghuni kompleks ini, terutama dalam aspek pendidikan, pengurusan diri dan keceriaan KHP.

Seramai 16 orang ahli HALUANITA Selangor telah mengikuti program ziarah ini. Taklimat mengenai KHP telah disampaikan oleh En. Wan Rafi Wan Hussin selaku Pengerusi KHP. Menurut beliau, KHP adalah salah satu daripada Pusat Jagaan HALUAN. Sehingga kini HALUAN memiliki tiga Pusat Jagaan, iaitu

  1. Asrama HALUAN Penyayang yang terletak di Kampung Bukit Naga, Shah Alam Selangor yang telah ditubuhkan pada 2006. Kini terdapat 14 orang pelajar lelaki yang terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan terbiar di sekitar Lembah Klang.
  2. Asrama Anak Yatim & Miskin HALUAN Penyayang Langkawi ditubuhkan pada tahun 2008. Penghuni asrama ini terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki iaitu  anak-anak yatim, miskin dan terbiar sekitar Langkawi.
  3. Rumah Ihsan HALUAN Ipoh, terletak di Desa Perwira, Ipoh Perak yang telah ditubuhkan pada tahun 2005. Terdapat 9 orang penghuni wanita dan remaja yang memerlukan pembelaan dan perlindungan serta khidmat nasihat dan kaunseling.

En. Wan Rafi berkata, Pusat Jagaan Asrama HALUAN Penyayang bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan asasi anak yatim, miskin dan terbiar semata-mata, malah ia berhasrat menjadi pusat pendidikan yang akan melahirkan insan yang seimbang, terdidik, terbangun potensi dirinya, melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik malah terpuji akhlaknya. Oleh sebab itu pengisisan program di pusat jagaan ini merangkumi aspek pembangunan rohani, akli dan jasadi. Mereka inilah yang akan diharapkan untuk meneruskan khidmat bakti kepada anggota masyarakat yang memerlukan di masa hadapan.

 

Penubuhan pusat ini juga menjadi salah satu medan amal kepada ahli HALUAN untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat. Justeru itu HALUANITA Selangor, melalui Biro Kebajikan yang dipimpin oleh Pn. Syarifah Zubaidah Syed Hassan, telah mengambil inisiatif untuk melawat asrama bagi mengenalpasti keperluan dan khidmat yang diperlukan. Susulan dari lawatan ini, HALUANITA Selangor telah merangka satu program mingguan bersama anak-anak yatim ini untuk memperkemaskini kawasan asrama seperti hiasan dan susunatur di bilik tidur, bilik belajar, surau, ruang makan dan sebagainya. Aktiviti yang dirangka bukan sahaja memenuhi aspek fizikal seperti pengurusan dan kebersihan diri malah menekankan aspek kejiwaan seperti memberi kasih sayang dan perhatian. HALUANITA Selangor diibaratkan akan berperanan sebagai ibu yang akan memantau anak-anaknya.

Sempena ziarah ini juga Pengerusi HALUANITA, Pn. Alfiah Samingan, telah menyerahkan derma kilat sebanyak RM435 yang telah diusahakan dari kalangan ahli HALUANITA Selangor yang hadir.

En. Wan Rafi amat mengalu-alukan sumbangan dari masyarakat, samada sumbangan dana, penajaan pelajar, stok makanan, bahan-bahan bacaan, khidmat tuisyen dan motivasi ataupun khidmat baikpulih dan kemudahan asrama. Beliau boleh dihubungi di talian 013-6714502. Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Ingin Membantu KHP?

Tabung Anak Yatim dan Miskin Haluan Penyayang
Bank Islam Malaysia
No. Akaun: 12-038-01-008109-8

Semoga sumbangan ikhlas anda diberkati Allah dan menjadi bekalan bermanfaat walaupun sedikit.

 

Tahukah Anda?

Israel memperuntukan 85% bekalan air kepada Yahudi, sementara baki 15% dibahagikan di kalangan bangsa Palestin. Seperti di Hebron, 85% bekalan diberikan kepada 400 penduduk haram Yahudi, manakala 15% dibahagi-bahagikan di kalangan 120,000 bangsa Palestin.

Anda Ingin Menyumbang?

Anda Ingin Menyumbang?  Aktiviti dan program HALUAN bergantung kepada pelbagai bentuk sumbangan dan sukarelawan. Anda boleh turut membantu!


Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007