PUTRAJAYA, 24 Jun – Seramai 1000 orang peserta telah hadir ke program Semarak Bersama Wira Gaza anjuran JAKIM telah diadakan di auditorium, JAKIM baru-baru ini. Majlis dimulai dengan ucapan aluan-aluan oleh Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dan seterusnya dirasmikan oleh Y .B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom. Beliau mengucapkan tahniah kepada para badan NGO di bawah Lifeline 4 Gaza (LL4G) kerana berjaya membentuk arus baru kepada kesedaran masyarakat kepada isu Palestin. Lapan orang relawan kemanusiaan Gaza dan para pimpinan badan NGO telah hadir dalam majlis ini. Presiden Haluan, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman turut hadir dalam majlis yang penuh makna ini.