HALUAN Pulau Pinang Terus Prihatin Kepada Mangsa Gempa Sumatera
Wednesday, 24 February 2010 10:40
Permatang Pauh, 12hb Februari 2010 -- HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu sesi tazkirah sebelum Jumaat di Masjid Jami’e Kubang Semang, Permatang Pauh bagi mendedahkan masyarakat tentang perkembangan terkini saudara seakidah di Padang, Indonesia yang telah dilanda musibah gempabumi tidak lama dulu. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Redhuan Zul’ala dari Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia, yang mengadakan kunjungan silaturrahim di sini.
Read more...
|
Rakan Masjid Pusat Islam USM Anjur Wacana Pengalamanku Menjejaki Bumi Gaza
Tuesday, 23 February 2010 02:33
P.Pinang - Rakan Masjid Pusat Islam Universiti Sains Malaysia P.Pinang dengan kerjasama HALUAN P.Pinang telah berjaya mengadakan Wacana Ilmiah Semasa (WISE) Siri ke 10 yang bertajuk Pengalamanku Menjejaki Bumi Gaza bersama Viva Palestina yang telah disampaikan oleh Tn Hj Noorazman Mohd Samsudin, Pengerusi HALUANPalestin. Program telah diadakan di Dewan Kuliah G31, Bangunan Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia pada 9 Feb yang lalu.
Read more...
HALUAN Pulau Pinang Prihatin Terhadap Mangsa-mangsa Kebakaran
Monday, 22 February 2010 11:18
Permatang Pauh, 20 Februari 2010 – Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpegang kepada slogan ”Berakhlak, Mendidik dan Berbakti,” HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan kewangan dan pakaian kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas dan Kampong Bukit Jelutong, Permatang Pasir.
Read more...
|
Penduduk Taman Pelangi, Perai Simpati Dengan Musibah Mangsa Gempa di Padang
Saturday, 26 December 2009 20:29
Perai, Pulau Pinang, 23 Disember 2009 –- Walaupun telah lebih sebulan peristiwa gempabumi di Sumatera Barat berlalu, relawan HALUAN tetap gigih dengan usaha membantu mangsa-mangsa yang ternyata masih sangat memerlukan bantuan, terutamanya dalam bentuk bantuan perubatan dan rawatan trauma kepada mangsa-mangsa yang tinggal di pendalaman. Saban minggu HALUAN menghantar kumpulan relawan ke Padang Pariaman, silih-berganti, demi menyahut rayuan masyarakat pendalaman Pariaman supaya Misi Kemanusiaan Padang diteruskan.
Read more...
45 Pelajar Ikuti Kem Smart Tahfiz Pelajar Sekolah Rendah di Pulau Pinang
Friday, 11 December 2009 21:13
Permatang Pauh, 11 Disember 2009 – HALUAN Pulau Pinang dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Falah, Pengkalan Tambang, Permatang Pauh telah menganjurkan Kem Smart Tahfiz dari 4 Disember hingga 11 Disember baru lalu. Kem ini dihadiri oleh seramai 45 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 5. Mereka terdiri daripada 28 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan.
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 2 |