HALUAN Pulau Pinang Prihatin Terhadap Mangsa-mangsa Kebakaran

E-mail Print PDF

Permatang Pauh, 20 Februari 2010 – Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpegang kepada slogan ”Berakhlak, Mendidik dan Berbakti,” HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan kewangan dan pakaian kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas dan Kampong Bukit Jelutong, Permatang Pasir.

Dilaporkan bahawa punca kebakaran untuk kedua-dua kes kebakaran tersebut adalah kerana lintar pintas. Kerugian disebabkan kebakaran-kebakaran tersebut dianggarkan lebih dari RM 150,000.00. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.

Usaha HALUAN membantu mereka yang ditimpa musibah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan tekanan yang mereka hadapi. Bantuan telah disampaikan oleh Exco HALUAN Cawangan Pulau Pinang, Tn. Haji Ahmad Shukri Nordin. Di samping penyampaian bantuan, mangsa-mangsa tersebut juga telah dapat bersama-sama mendengar tazkirah sebagai motivasi untuk redha menerimai ujian dari Allah SWT.

 

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007