KUANTAN, 23 September -- Warga kerja Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang di Kuantan begitu terharu mendengar kisah bencana kebuluran yang sedang melanda Somalia. Ceramah misi bantuan kemanusiaan Talian Hayat Somalia telah membuka minda dan menyentuh perasaan mereka untuk merasai betapa peritnya penderitaan rakyat Somalia yang terpaksa menjadi pelarian, bergelut dengan kelaparan dan penyakit untuk terus mengecapi kehidupan.



Kuantan, 20 Februari - HALUANITA Negeri Pahang bersama Pengurusan Taska / Tadika di bawah rangkaian kerjasama HALUAN Pahang di sekitar Kuantan telah mengadakan program kursus pemantapan kerjaya untuk pengasuh serta guru taska. Kursus sehari ini telah diadakan pada 19 Februari 2011 bertempat di Sempurna Resort, Kuantan melibatkan penyertaan seramai 24 orang pengasuh serta guru Taska dari Taska Al-Munir, Taska Al-Ulum, dan Taska Ibnu 'Abbas.
Alhamdulillah, HALUAN Pahang telah berjaya memenangi pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidurasul 1432H peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 15 Febuari 2011.
KUANTAN, 18 November - Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, HALUAN Pahang telah mengadakan program ibadah penyembelihan binatang korban sebanyak sembilan ekor lembu dan empat ekor kerbau di dua daerah berasingan Kuantan dan Temerloh. Di Kuantan program yang telah diadakan di Sekolah Rendah Ibnu Abbas, manakala di Temerloh di Taman Bahagia, Taman Temerloh Makmor dan Maahad Tahfiz Berhala Gantang.
KUANTAN, 3 November - HALUAN Pahang meneruskan usaha berbakti kepada masyarakat dengan memberi tumpuan kepada program pendidikan bagi melahirkan warga negara yang berilmu dan berakhlak mulia. Terbaru HALUAN Pahang telah mendapat kepercayaan dan diberi amanah oleh SMK Paya Besar Kuantan, Pahang untuk mengisi program pemantapan jatidiri dan sahsiah terpuji kepada pelajar-pelajar putera dan puteri tingkatan 1 dan 2 berumur 13-14 tahun.






