RAUB, 24 April -- HALUAN Pahang terus mempergiatkan usaha mengadakan siri kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai permasalahan Palestin dan projek bantuan kemanusiaan “Lifeline 4 Gaza". Terbaru pada 24 April 2010 bertempat di daerah Raub, HALUAN Pahang telah mengundang seorang ulama dari Palestin untuk berkongsi pengalaman dan menyuntik kesedaran masyarakat setempat tentang isu Palestin ini.



Kempen memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai permasalahan Palestin dan projek “Lifeline 4 Gaza" semakin rancak di negeri Pahang. Terkini, HALUAN Pahang bersama-sama Masjid Abu Bakar dan Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) telah menjayakan kempen tersebut di daerah Temerloh dari 16 hingga 17hb April 2010.
Penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin di Gaza yang dipaparkan melalui program roadshow "Lifeline 4 Gaza" talian hayat untuk Gaza, menerobos tembok kematian, oleh HALUAN Palestin turut dikongsi dan dirasai bersama oleh pelajar-pelajar sekolah di Negeri Pahang. Isu Palestin ini bukan sahaja perlu didedahkan kepada masyarakat umum, namun perlu juga didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka betapa isu Palestin ini adalah isu agama yang membabitkan persoalan aqidah yang wajib diketahui oleh seluruh ummah tanpa mengira batasan umur.
HALUAN Pahang melalui Badan Gabungan NGO Islam Pahang (BARAKAH) telah berjaya mengadakan program "Roadshow Lifeline 4 Gaza," Talian Hayat Untuk Gaza dari 2 hingga 3hb April 2010 di Masjid Syaidina Umar Al Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan.
HALUAN Pahang telah diberi peluang dan kepercayaan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Kadhi Daerah Kuantan untuk membantu menjayakan program mencegah kemungkaran semasa sambutan malam tahun baru 2010. Sepertimana yang diketahui umum, sambutan malam tahun baru ini lazimnya akan disambut dengan berbagai aktiviti hiburan dan pertunjukan yang pastinya banyak mengundang perkara yang negatif dan cemar dengan pelbagai kegiatan maksiat dan tidak bermoral seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat, melepak, berpeleseran, merempit, berkhalwat, minum arak dan berzina.






