HALUAN Pahang

80 PELAJAR FELDA CHINI SERTAI KEM MOTIVASI PECUTAN AKHIR SPM

E-mail Print PDF

KUANTAN, 11 Oktober - Seramai 80 orang pelajar putera dan puteri yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini dari 2 buah sekolah menengah di Felda Chini, Pekan  telah mengikuti program Motivasi Pecutan Akhir SPM  yang diadakan di Taman Pertanian Indera Mahkota pada 9 hingga 10 Oktober yang lalu.

Program ini telah dianjurkan oleh HALUAN Pahang bersama Jabatan Belia Dan Sukan Pahang dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru  (PIBG) SMK Chini dan SMK Chini 2.

Tujuan program ini ialah untuk memberi  pendedahan tentang persiapan akhir menghadapi peperiksaan di samping menaikkan semangat dan motivasi pelajar agar lebih bersedia menduduki peperiksaan dan berjaya mencapai keputusan terbaik.

Read more...
 

Ekspedisi jejak asnaf dan bantuan Ramadhan HALUAN Pahang

E-mail Print PDF

Ramadhan Al Mubarak bukan sahaja bulan untuk berpuasa tetapi ianya juga adalah bulan untuk berkasih sayang sesama insan. Kewajipan  mengeluarkan zakat fitrah dan galakan bersedekah dan  memberi makan orang yang berbuka puasa serta menyantuni orang miskin dan anak-anak yatim adalah ibadat kemasyarakatan  yang tinggi nilainya.

Read more...
 

HALUAN Pahang teruskan tradisi berbakti sempena Ihya’ Ramadhan

E-mail Print PDF

HALUAN Pahang meneruskan tradisi  memberi  sumbangan kepada golongan yang memerlukan setiap kali bulan Ramadhan. Terbaru pada 18 Ogos 2010 bertempat di sekolah Rendah Ibnu Abbas, Kuantan satu majlis sumbangan makanan dan wang telah disampaikan kepada  seramai 30 orang penerima yang layak termasuklah ibu tunggal, pelajar tahfiz miskin dan yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua dan fakir miskin.

Read more...
 

Malam Amal ‘Palestin Di Hati’ Pahang Pupuk Kesedaran Pemuda

E-mail Print PDF

Kuantan, 18 Julai 2010 -- Program Malam Amal ‘Palestin di Hati’ anjuran Gabungan NGO Islam Pahang (Barakah) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kampus Kuantan di Auditorium UIAM Bandar Indera Mahkota telah berjaya dijalankan dengan lancar dan menarik penyertaan ramai golongan muda.

 

Read more...
 

Remaja Puteri Pahang Terdidik di Kem PESONA

E-mail Print PDF

altKUANTAN, 25 Jun - Alhamdulillah, Kem Personaliti Remaja Puteri ( PESONA ) anjuran Biro Haluanita, HALUAN Pahang berjaya diadakan buat julung kalinya  pada 14 – 15 Jun 2010 bertempat di Kem Sultan Ahmad Shah, Kg. Pandan, Kuantan. Seramai 62 orang remaja puteri berumur antara 13 hingga 18 tahun dari daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh telah menyertai kem ini dengan tema `Mengenali Diri`.



Menurut Pengarah Projek, Puan Hjh Norsaadah bt. Abd Hamid , program ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar-pelajar puteri mengenai matlamat hidup yang sebenarnya sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kefahaman mengenai matlamat hidup inilah yang akan berjaya  membentuk remaja menjadi hamba Allah yang sentiasa mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka. 

Read more...
 
Page 2 of 8

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007