HALUAN Pahang sertai Dialog Kajian Islam Dan Demokrasi di Malaysia

E-mail Print PDF

Pada 10 Oktober 2009, HALUAN Pahang telah dijemput untuk menghadiri Dialog Kajian mengenai Islam dan Demokrasi di Malaysia anjuran International Institute Of Islamic Though And Civilization ( Istac) dan International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS) Malaysia dengan kerjasama Merdeka Centre For Opinion Research dan CPPS.

Dialog ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan input dari rakyat Malaysia mengenai cara-cara meningkatkan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia ini. Haluan telah dijemput atas platform sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bergerak aktif di negeri Pahang ini.

Seramai 5 orang AJK Haluan Pahang telah menghadiri dialog ini yang telah diadakan di Hotel Citiview Kuantan mulai jam 2.00 petang hingga 6 petang. Seramai 60 orang peserta yang terdiri pemimpin dan organisasi Islam, golongan profesional, wakil NGO Islam, wakil NGO pelbagai kaum dan agama , wakil-wakil wanita, pelajar dan pensyarah dari IPTA tempatan serta orang perseorangan telah dijemput menghadiri dialog ini.

 

Menurut timbalan YDP Haluan Pahang, Tn Hj. Ramli b. Ngah, dialog ini diadakan secara berkumpulan dan dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri dari semua wakil wakil pertubuhan. Setiap wakil akan diminta untuk menengahkan idea dan pendapat beberapa isu yang berkaitan dengan Islam dan demokrasi meliputi aspek toleransi agama, urus tadbir yang baik, hak-hak kelompok mioriti dan hak-hak wanita. Majlis dialog ini dikendalikan oleh beberapa fasilitator dan moderator dari Merdeka Centre.

Di dalam dialog tersebut wakil dari HALUAN dapat mengutarakan pendapat dan idea yang meyakinkan tentang beberapa isu yang dibangkitkan khususnya mengenai Islam dan demokrasi ini.  Antaranya ialah Islam itu adalah cara hidup (agama)  yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di mana mereka yang memahami Islam dengan fikrah yang sebenar dan bersumberkan sumber yang soheh dari Al Quran dan Sunnah pasti akan melahirkan individu dan masyarakat yang unggul, bertoleransi, adil, berkasih sayang, saling hormat menghormati antara sesama kaum,  jati diri dan mampu menjadi agen perubah kepada kemajuan masyarakat dan negara.

Alhamdulillah, dialog ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni dan mesra walaupun terdapat perbezaan pendapat dan pandangan antara peserta  tentang beberapa sesuatu isu yang dibincangkan.

Berdasarkan dialog yang telah dihadiri dapatlah dibuat rumusan bahawa semua  peserta mempunyai suatu harapan yang sama agar semua kaum dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni tanpa mengira agama dan budaya. Sebarang perbezaan yang menjuruskan kepada ujudnya jurang pemisahan dan  ketidakadilan yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama perlu diperbetulkan segera. Peserta berharap suara mereka perlu didengari dan diketengahkan sehingga kepringkat atasan.

Bagi HALUAN Pahang, dialog ini perlu lebih kerap diadakan dan peluang yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan untuk menyatakan pendirian HALUAN dalam hal-hal yang menyentuh tentang kepentingan Islam dan pendidikan dalam negara.  Melalui dialog ini juga HALUAN akan lebih dikenali dan menjadi rujukan untuk mendapatkan pandangan tentang sesuatu isu. AJK HALUAN yang terlibat dalam dialog ini juga telah menimba suatu pengalaman yang menarik  bagaimana berhujah dengan fakta dan ilmiah bersama dengan kaum dan bangsa lain yang berbeza pandangan ini. Semoga HALUAN akan terus bergerak seiring dengan massa dalam arus perdana negara dengan membawa slogan berakhlak, mendidik dan berbakti.

____________________

Berita disediakan oleh Naib Setiausaha HALUAN Pahang, Abd Basir Abd Ghani.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007