Bachok, Kelantan - Lebih dari 300 pelajar dari SMU (A) Nurul Falah, Cherang Ruku Pasir Puteh dan Maahad Yaakubiah, Bachok Kelantan menyertai Seminar Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji yang telah diadakan di sekolah masing-masing pada 27 Januari 2010 yang lalu. Seminar yang dianjurkan oleh HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim tersebut diadakan dalam rangka membantu meningkatkan potensi dan motivasi peserta dalam pelajaran. Di samping itu diharapkan melalui perkongsian ilmu tersebut akan dapat membangkitkan kesedaran dan kefahaman pelajar agar turut mengambil berat dalam aspek pembinaan akhlak dan jatidiri pelajar supaya seiring dengan kecemerlangan akademik.



MACHANG, 16 Disember - Seramai 170 orang remaja yang terdiri dari tiga buah negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menyertai Kem Minda Kreatif ke-3 peringkat Zon Timur yang berlangsung dengan meriahnya di Hutan Lipur Bukit Bakau, Machang pada 14 hingga 16 Disember 2009 lalu selama 3 hari2 malam. Kem yang bertemakan ‘Melahirkan Generasi Pewaris’ ini dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Timur dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim.
HALUAN Kelantan telah mengadakan program korban sempena perayaan Aidil Adha pada tahun ini di dua lokasi berasingan di Kota Bharu dan di Pengkalan Chepa. Program korban ini memberi peluang kepada ahli-ahli HALUAN untuk mengeratkan hubungan sesama mereka, keluarga dan juga masyarakat.
HALUAN Kelantan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) bersama masyarakat Kg. Pohon Nenasi, Bachok dari 20hb hingga 21hb November yang lalu. Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Pohon Nenasi tersebut memberi penumpuan kepada aspek kesihatan dan kemahiran keibubapaan. 






