HALUAN Kedah

500 meriahkan rumah terbuka Aidilfitri HALUAN Kedah

E-mail Print PDF

HALUAN Kedah dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Wilayah Utara Berhad (KOINSAN) telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 3 Okt 2008 di Perkarangan Bangunan KOINSAN di Alor Setar. Alhamdulillah sekitar 500 orang para tetamu  telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir ialah YDP HALUAN, Kedah, Tn Haji Mansor Bin Md Daud, Bendahari KOINSAN, Tn Haji Mohd Yusof Bin Hussin, barisan kepimpinan HALUAN Kedah dan Ahli Lembaga Koperasi KOINSAN.

Read more...
 

Outbound Gunung Jerai Anjuran HALUANSiswa Wilayah Utara

E-mail Print PDF

GUNUNG JERAI, 25 Julai - Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) Zon Utara dengan kerjasama Kelab Diskusi Islam, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah berjaya mengadakan program Outbound Gunung Jerai 2009 dari 25 hingga 26 Julai lalu.

Read more...
 

Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj di Kuala Perlis

E-mail Print PDF

HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kuala Perlis telah berjaya mengadakan Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj. Program yang dijalankan selama satu hari satu malam tersebut pada 19 Julai lalu turut mendapat sokongan dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK,) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Jabatan Pembangunan Wanita. Menurut Timbalan Pengarah Program, Hj Khairul Anwar B Hussain, objektif utama program ini diadakan adalah ke arah menginstitusikan masjid sebagai wadah pendidikan dan perpaduan. Selain itu adalah diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan dapat merapatkan jurang antara generasi tua dan muda ahli kariah masjid.

Read more...
 

16 pasukan sertai pertandingan futsal sempena program HALUAN bersama masyarakat di Kuala Perlis

E-mail Print PDF

KANGAR, 19 Julai 2009 - HALUAN telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal bersempena dengan program bersama masyarakat Kuala Perlis. Pertandingan yang diadakan di gelanggang futsal Tadza ini menghimpunkan sebanyak 14 pasukan dari kalangan belia Kuala Perlis, manakala HALUAN telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai kejohanan ini.

Read more...
 

KeARAH, HALUANSiswa dan Pemuda HALUAN Sg. Petani Kedah bergabung adakan perlawanan persahabatan futsal

E-mail Print PDF

22 Jun, Sungai Petani – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH,) HALUANSiswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal antara anak-anak muda penuntut IPT dan lepasan IPT di Pasaraya Billion, Sungai Petani, Kedah pada hari Isnin 22 Jun 2009. Perlawanan yang diadakan dari jam 9.00 hingga 10.00 malam tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran oleh pemain dan penyokong dari pelbagai lapisan umur.

Read more...
 
Page 2 of 3

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007