HALUAN Jayakan Program Korban di Kemboja dan Vietnam

E-mail Print PDF

Setiap kali ketibaan hari perayaan Eidul Adha, masyarakat Islam di Malaysia akan merebut peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah korban. Keprihatinan mereka terhadap umat Islam yang miskin dan kurang bernasib baik membuatkan perlaksanaan program korban tersebut menjangkau ke luar negara. Seperti tahun-tahun sebelum ini, HALUAN mewakili ahli-ahlinya dan juga masyarakat umum untuk melaksanakan sembelihan korban di beberapa buah perkampungan Islam di Kemboja dan Vietnam.

Sejumlah 77 ekor lembu dan 7 ekor kambing telah dikorbankan, manakala 6 ekor kambing lagi disembelih sebagai ibadah aqiqah. Menurut Ketua Program korban di Kemboja dan Vietnam, Tn Hj Razali Mohd Jamil, sejumlah 35 ekor lembu dan 1 ekor kambing telah dikorbankan di Vietnam. Manakala 42 ekor lembu dan 6 ekor kambing dikorbankan di Kemboja. Beliau yang juga merupakan Timbalan YDP HALUAN Perak telah berada di tempat perlaksaan korban tersebut bagi mewakili HALUAN.

Menurut Tn Hj Razali, program korban di Kemboja dan Vietnam ini dapat sedikit sebanyak membantu masyarakat Islam di sana yang masih dibelenggu dengan kemiskinan. Dengan perlaksanaan program korban di tempat mereka, masyarakat Islam, terutama sekali anak-anak mereka, dapat menikmati kebesaran Eidul Adha dan merasai ikatan kasih-sayang dan keprihatinan saudara seIslam mereka dari Malaysia. Beliau amat berharap agar program korban ini dapat diteruskan di tahun hadapan.

 

Last Updated ( Sunday, 13 December 2009 22:11 )  

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007