HALUAN Bekerjasama Anjur Seminar Dakwah Zon Pantai Timur Sabah

E-mail Print PDF

Kunak, Sabah, 05 Disember – HALUAN dengan kerjasama ADUN Kunak, Pertubuhan Islam Negeri Sabah (USIA) Bahagian Kunak, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kunak, JAKIM Sabah dan Jawatankuasa Masjid Raya Kunak telah menganjurkan Seminar Dakwah Zon Pantai Timur Sabah 2009. Seminar yang diadakan di Masjid Datuk Zainal Gunung, Kunak itu telah dihadiri oleh seramai 200 orang peserta. ADUN Kunak, Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang, dan Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, turut hadir ke seminar tersebut.

Dr Abdullah menyampaikan ucapanDalam ucapannya di seminar tersebut, Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menjelaskan betapa pentingya setiap lapisan masyarakat bersatu untuk memakmurkan dan membangunkan negara, seterusnya dapat menjadi contoh kepada umat Islam di negara lain dalam mengembangkan syiar Islam. Ujar beliau, “Seramai 1.3 billion umat Islam di seluruh dunia adalah bilangan yang besar, namun bilangan yang besar ini berada dalam keadaan lemah. Ini adalah kerana umat Islam berada dalam keadaan berpecah-belah.”

Pandangan beliau turut dikongsi oleh ADUN Kunak, Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nilwan berkata, “adalah amat penting bagi umat Islam di Malaysia sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dan kerjasama agar agenda pembangunan negara dapat direalisasikan.”

  

Last Updated ( Monday, 07 December 2009 22:11 )  

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007