Ehwal Muslimin

Memperkasa Kaum Muslimin

E-mail Print PDF

Pada suatu masa yang telah lampau, kaum Muslimin pernah tampil sebagai pimpinan dunia, memimpin semua manusia dengan iman dan Al-Quran, memimpin dengan ilmu dan kebajikan, berkuasa secara adil, diberi kepercayaan dan melaksanakannya, sehingga mereka benar-benar sebagai penunjuk kebaikan dan penyeru kebenaran. Mereka pergi ke segenap penjuru dunia. Al-Quran berada di satu tangan dan dan pedang di tangan satu lagi. Mereka tidak memaksa seorang pun untuk masuk Islam, tetapi mereka membenarkan yang benar dan membatilkan yang batil. Mereka berdiri di samping yang lemah untuk menghadapi yang kuat, berdiri bersama orang yang dizalimi untuk menghadapi orang yang menzaliminya.

Read more...
 

Isu Lubnan: Wawancara Prof.Yusuf Qardhawi

E-mail Print PDF

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan bahawa penentangan rakyat Lubnan (al-muqawamah al-Lubnaniyyah) terhadap Israel adalah jihad menurut syarak. Ia merupakan bentuk penentangan paling mulia di atas muka bumi ini bersama-sama dengan penentangan saudara-saudara mereka di Palestin. Beliau juga menegaskan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada Umat Islam dan setiap muslim 'wajib' membantu dan membela 'penentangan' terhadap musuh iaitu Israel.

Read more...
 

Mempersiapkan Umat Menghadapi Rintangan

E-mail Print PDF

Segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam, shalawat dan salam selalu tercurah atas pemimpin kita, nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabat. selanjutnya…

Akhir-akhir ini begitu banyak rintangan yang dihadapi oleh umat Islam, bahaya yang terus mengancam di sekitarnya, kepedihan dan kesedihan datang silih berganti, krisis dan bencana terus terjadi seakan enggan untuk berhenti…

Penjajah yahudi zionis hari demi hari terus menambah kekejamannya, mengepung saudara kita di bumi Palestin yang didukung langsung oleh rakan sekutunya Amerika, menghancurkan tanaman dan keluarga, melakukan kerosakan di muka bumi, menghancurkan rumah dan sarana umum, membuat terowongan bawah tanah, menangkap, memenjarakan, bahkan membunuh dengan kejam warga Palestin yang tidak berdosa, sementara itu di Bait Hanoun para wanita dengan gagah berani menjadi perisai hidup menghadapi permusuhan mereka hingga ajal menjemput mereka.

Read more...
 

Alangkah Serupanya Hari Ini Dengan Semalam

E-mail Print PDF

Bala tentera Amerika yang besar jumlahnya telah berhimpun di rantau ini. Dalam masa yang sama, amaran, ancaman dan ugutan dilakukan oleh Presiden Amerika, Setiausaha Pertahanannya dan para pegawai pelaksananya. Mereka semua mengugut bangsa Arab dengan segala kecelakaan dan kemalangan yang bakal menimpa.

Segala senjata pemusnah besar-besaran Amerika digunakan untuk memaksa bangsa Arab dan ummat Islam agar menyerah dan memberikan kesetiaan… agar bersedia untuk mengubah sistem dan keluar daripada ketetapan dan pegangan… agar meloloskan diri daripada identiti yang sebenar, berlepas diri daripada akidah Islam, menyerahkan seluruh bumi Palestin kepada regim Zionis dan membuka pintu seluas-luasnya bagi Zionis merampas bumi di sekitar Palestin.

Read more...
 
Page 2 of 2

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007