Muqaddimah
Ada dua perkara utama yang perlu diyakini sebelum kita melaksanakan jihad untuk kemenangan Islam. Perkara pertama ialah meyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Perkara kedua ialah menyakini bahawa kita ada keupayaan untuk berjihad memenangkan Islam dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kedua-dua keyakinan ini, jihad untuk menegakkan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan.



Kepesongan kemanusiaan di dalam era globalisasi moden ini begitu tersusun dek perancangan musuh-musuh Islam sehinggakan manusia tidak lagi sedar siapa yang benar dan siapa yang salah.
Islam telah dipanggil untuk menjalankan fungsinya semula. Namun demikian, para pendokong dakwah dan pejuang Islam tidak sunyi daripada ujian dan fitnah yang dilancarkan oleh golongan musuh yang dengki dan iri hati terhadap rahmat yang dicurahkan oleh Islam ke seluruh alam. Oleh itu, penulis mengambil kesempatan untuk menterjemahkan sebuah buku berbahasa Arab yang telah dikompilasi untuk dijadikan subjek pengajaran di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Buku tersebut membincangkan tentang gerakan, fahaman dan ideologi yang memusuhi Islam. Semoga penulisan ini akan menyumbang kefahaman secara umum kepada para pembaca tentang perancangan musuh-musuh Islam yang disusun dengan penuh teratur dan tersusun yang hanya bermatlamatkan untuk memastikan cahaya lenyapnya cahaya Allah di muka bumi ini.
BILA agaknya kali terakhir kita mendengar kupasan maksud Jihad secara terperinci di sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi? Boleh dikatakan tiada langsung.
Bayt al Hikmat, sebuah pusat keilmuan, adalah antara kunci kepada pembangunan sains hari ini. Pusat tersebut dibangunkan oleh Harun Al-Rashid di Baghdad, pada tahun 830 A.D.







