Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji dan puja hanya bagi Allah SWT yang memberikan kita pelbagai nikmat dan anugerah kurniaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Junjungan Mulia yang telah menggerakkan suatu perubahan yang besar dalam sejarah peradaban manusia dengan risalah agung daripada Ilahi.
Saban tahun, kedatangan Awal Muharam menjadi salah satu peristiwa yang penting bagi setiap Muslim dan Muslimah untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. Ia juga dijadikan asas ukuran dalam merancang dan juga menilai segala pencapaian dalam kehidupan bagi tempoh satu tahun. Apabila menyebut hijrah, ia bukan semata-mata merujuk kepada peristiwa perpindahan Rasulullah SAW daripada Kota Mekah ke Madinah secara tersurat, namun terdapat nilai tersirat dan ibrah (pengajaran) yang boleh dijadikan panduan di dalam menempuh kehidupan ini.



Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Pergolakan yang menular di beberapa buah negara Arab selepas jatuhnya kerajaan Ben Ali di Tunisia dan Husni Mubarak di Mesir, telah memperlihatkan perubahan landskap politik dunia secara amnya. Kini, dunia sedang menumpukan perhatian kepada rusuhan yang berlaku di Libya yang melibatkan demostrasi secara besar-besaran oleh rakyatnya yang menuntut keadilan dan menggesa pemimpinnya Muammar Gaddafi berundur daripada pemerintahan. Gaddafi yang memegang jawatan pemerintah semenjak tahun 1969 adalah antara pemimpin Afrika dan negara Arab yang paling lama memerintah.






