Bersama HALUANITA

Solat Bekalan Sewaktu Sepi

E-mail Print PDF

Puteri-puteri Islam sejati!
Salam sejahtera beserta rahmat dan keberkatan istimewa buat kalian yang sentiasa ibu doakan dan kasihi kerana Allah…

Kita mulai dengan doa; “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui sebenar-benarnya nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Ampunilah daku ya Allah! Tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau”.

Read more...
 

Bekalan Sepanjang Hayat

E-mail Print PDF

Salam sejahtera beserta rahmat dan keberkatan dari Allah,

Istimewa buat puteri-puteri Islam sejati!

Di mana jua kalian berada, di merata pelusuk tanahair tercinta maupun di perantauan yang jauh... dengan sukacita ibu menziarahi hati kalian beserta ukhuwah dan mahabbah kerana Allah semata-mata. Dengan harapan kita semua menepati maksud firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 1-3: “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman an engerjakan ebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

Read more...
 

Rumahtangga Yang Sakinah Mawaddah dan Rahmah

E-mail Print PDF

Bagaimana agaknya kita dapat membina sebuah rumahtangga yang sentiasa mendapat redha Allah? Agar semakin meningkat usia perkahwinan, akan semakin terasa sakinah mawaddah dan rahmah? Saban hari, umur akan meningkat, dan manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali tiga golongan. Terdapat tiga rumusan yang dapat dibuat dari al-Quran melalui surah Al-Ashr. Bagi saudara-saudari yang merancang untuk berumahtangga, sama-sama kita renungi panduan-panduan berikut:

Read more...
 

Pengalaman keIslaman Sdr. Steven Lee Yok Hwa

E-mail Print PDF

Lafaz dua kalimah syahadah yang dilakukan pada Ogos 2005 tetap segar dalam ingatan Steven Lee Yok Hwa yang kini lebih serasi dengan nama Muhammad Faizal Lee Abdullah. Lelaki berusia 45 tahun ini adalah anak kelahiran Temerloh, Pahang. Ia tambah bermakna apabila upacara pengislaman yang dilakukannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu turut disertai isteri tercinta, Norlinda Tan Kim Siew, 44 tahun.

Berkongsi cerita minatnya terhadap agama Islam, kata Faizal Lee, sejak remaja beliau cenderung memilih bahan-bahan bacaan berkaitan agama Islam. Malah pembacaannya tidak setakat pada agama Islam tetapi meliputi bahan-bahan tentang agama-agama lain.
 
Read more...
 

Mencontohi Kepimpinan Generasi Al-Quran yang Unik

E-mail Print PDF

“Mencontohi Kepimpinan Generasi Al-Quran yang Unik.” Begitulah tema Kem Kepimpinan Remaja Haluan Kebangsaan (PEWARIS KEB) yang ke-3 baru-baru ini. Kem telah diadakan di Asli Adventure Resort, Ulu Langat, Selangor, pada 14 hingga 16 Disember 2007. Kem ini dianjurkan oleh Biro Pendidikan & Motivasi HALUAN dengan kehadiran peserta yang telah di pilih dari setiap negeri dari Semenanjung Malaysia. Oleh kerana banjir melanda kawasan pantai timur, peserta dari Terengganu dan Pahang tidak dapat hadir. Sebaliknya, mereka memberi khidmat di Misi Bantuan Banjir di Pahang. Alhamdulillah, program ini disertai oleh seramai 112 peserta yang terdiri dari 59 orang lelaki dan 53 orang perempuan, dan dibantu oleh fasilitator dan urusetia dari kalangan IPT seramai 14 orang lelaki dan 21 orang perempuan, serta AJK induk seramai 10 orang. Ia telah berjalan lancar dan menjadi kenangan yang paling terindah sekali buat kami semua untuk dibawa pulang menjadi bekalan di sepanjang perjuangan ini.

Read more...
 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007