Bersama HALUANITA

Berbekal cinta garaplah redhaNya

E-mail Print PDF

Salam sejahtera serta keberkatan yang berterusan untuk puteri-puteri Islam sejati;
Maha Suci Allah yang menjuruskan kita pada landasan iman dan kebenaran. Kita berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan ayng terkutuk. Kita yakini Allah sebaik-baik perlindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan kita dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya iman. Semoga Dia merestui junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda sebagaimana Allah merestui Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Allah sangat berhak dipuji dan diagungkan.

Read more...
 

Cinta Ilahi penyubur alam

E-mail Print PDF

Salam ukhwah dan mahabbah dilimpahi kasih Ilahi.

Khusus buat puteri-puteri Islam sejati; 
Semoga Allah mengikat antara hati-hati kita dengan ikatan ukhwah fillah yang telah dijanjikanNya untuk beroleh limpahan kasihNya,
Rasulullah SAW bersabda; “Allah berfirman: cintaKu pasti akan mereka perolehi bagi orang yang saling mengasihi kerana Aku, saling mengunjungi kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku”.

Anak-anakku,
Pada hakikatnya setiap diri Mukmin telah Allah tautkan dengan ukhwah fillah, asal saja kita memiliki hati yang dipenuhi taqwa serta ikhlas. Ini bermakna ukhwah fillah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Tidak ada ukhwah tanpa keimanan dan tidak ada keimanan tanpa ukhwah. Ukhwah tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan disebabkan kepentingan tertentu dan saling bertukar budi. Manakala keimanan tanpa ukhwah adalah keimanan yang kurang sihat dan memerlukan pengubatan.

Read more...
 

Perbaiki Diri dan Serukan Kebenaran

E-mail Print PDF

Salam sejahtera, diiringi limpah kasih Ilahi
Istimewa untuk seluruh puteri-puteri Islam sejati!

Di mana jua kalian berada, di seluruh pelusuk bumi tercinta... ibu ziarahi hati kalian,
dengan membawa bingkisan ubudiyah sepanjang hayat.

Moga tautan hati-hati kita ini akan mempersaksikan sepenuhnya tanggungjawab menyebarkan kebenaran deen Allah.

Ingatlah selalu sebuah hakikat keistimewaan;
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah daripada mungkar dan beriman kepada Allah” (QS Ali-Imran:110)

Read more...
 

Usahlah terlalu memilih cinta

E-mail Print PDF

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Read more...
 

Tambah bekalan segarkan semangat

E-mail Print PDF

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan. Engkaulah sahaja ya Allah yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.” (QS Al-Fatihah)

Puteri-puteri Islam Sejati!
Perjalanan hidup ini sering disifatkan umpama putaran roda, adakalanya laju adakalanya perlahan. Ada masa di atas, ada masanya di bawah. Kelancaran perjalanan juga akan terganggu bilamana roda sudah mulai buruk dan botak. Begitu juga dengan hakikat hidup sebenar, sering ketenangan terganggu dan kebuntuan menguasai akal. Ini ketara bilamana ketebalan iman menipis dan taqwa terhakis. Kesannya bagaimana?...Terasa lesu dan kurang bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab dan amal soleh.

Read more...
 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007