Puteri-Puteri Islam Sejati!
Salam sejahtera serta keberkatan yang berterusan untuk kalian yang ibu kasihi dengan kasih-sayang Islam.
Maha Suci Allah yang menjuruskan hati kita pada landasan iman dan Islam.
Telah kalian fahami betapa pantas peredaran masa, sedangkan aktiviti yang mesti diselesaikan sentiasa banyak. Masa-masa yang telah berlalu sedikit sebanyak pasti telah meninggalkan kesan dan merangsang jiwa untuk membayangkan hari-hari yang mendatang. Biarpun perasaan mengatakan hari muka masih jauh, yang pasti hari esok tetap datang. Sesungguhnya esok itu sangat dekat!



Mari kita mulai dengan doa: “Ya Allah! Kami terjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas juga dalam agama nabi kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu yang benar. Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu. kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, kami mohon ampun dan bertaubat kepadaMu.”
Peranan kalian dalam mewujudkan keseimbangan dan kesejahteraan hidup insan hari ini dan masa depan sangat besar!
Salam sejahtera, rahmat dan barakah Ilahi mengiringi jiwa yang telah diikhlaskan untuk jual-beli taqwa. Dengan ikat-janji setia bakal diganjari syurga dengan nikmat tidak bertepi…






