Limpahan rahmat dan barakah Ilahi untuk puteri-puteri harapan!
Sentiasalah yakin pertolongan Allah sentiasa hampir kepada hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh berusaha menyebarkan kebaikan . Usah dibiarkan lintasilah halangan “wahan” – takut mati dan cinta dunia, memperdayakan diri kalian...



Terbentang di hadapan kalian perjalanan hidup insan. Kebanyakan orang dilanda keluh-kesah, kesempitan dan kegoncangan jiwa. Merasa sepi dan tiada keyakinan diri. Hidup mereka hambar dan kosong walaupun dilingkungi kelazatan dan kemewahan. Hanya hamba-hamba Allah yang bertaqwa dan teguh iman sentiasa tabah sewaktu orang lain mengalami kegoncangan jiwa. Mereka penuh yakin pada waktu orang lain berserabut dengan berbagai-bagai keraguan. Mereka mampu bersabar dan berlapang dada ketika orang lain keluh-kesah dan buntu fikiran. Ini disebabkan orang-orang beriman menempuh jalan hidup yang bertepatan fitrah kemanusiaan dan syariat Islam. Renungi maksud firman Allah dalam surah Ar-Ruum ayat 30,
Salam ukhwah dan mahabbah kerana Allah.
Istimewa untuk seluruh puteri Islam di segenap sudut dan pelosok bumi tercinta,
Sebelum tahun 1948, terdapat 475 bandar dan perkampungan dimiliki dan diduduki bangsa Palestin. Kini, 385 daripadanya telah "dihilangkan" oleh rejim haram Israel, sudah tidak wujud lagi.







