Berjaya di dunia, tetapi gagal di akhirat

E-mail Print PDF

Sebagai manusia, kita akan tergolong dalam salah satu dari empat golongan; mereka yang berjaya di dunia tetapi gagal di akhirat, mereka berjaya di dunia dan juga berjaya di akhirat, mereka yang gagal di dunia dan juga gagal di akhirat, dan kumpulan mereka yang gagal di dunia dan berjaya di akhirat. Begitulah antara perkara yang disampaikan oleh seorang pensyarah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM,) Ustaz Mohd Najib Abdullah dalam program Wacana Ilmiah Semasa 6 (WISE6) di Dewan Muzakarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) pada 25hb Mei lalu.

WISE merupakan program kerjasama HALUAN Pulau Pinang dengan Rakan Masjid Pusat Islam USM. Program berkala ini dapat mendedahkan masyarakat kepada perbicangan bersama tokoh-tokoh ilmuan, sebagai salah satu usaha HALUAN Pulau Pinang dalam menggiatkan majlis-majlis penyampaian ilmu dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

 

Dalam program baru WISE6 baru lalu, Ustaz Mohd Najib telah membincangkan tajuk "Berjaya di dunia, tetapi gagal di akhirat. Di mana silapnya?" Beliau telah menarik perhatian 80 orang hadirin, yang terdiri dari ahli HALUAN dan masyarakat setempat, dengan ulasan untuk cuba mencari punca kegagalan seseorang di akhirat, walaupun pada pandangan manusia, orang tersebut merupakan seorang yang sangat berjaya di dunia.

Turut hadir dalam program tersebut adalah wakil Pusat Islam USM, Yang Berbahagia Ustaz Zamrus bin Mohd Ali. Beliau sangat mengalu-alukan kerjasama yang lebih rapat antrara HALUAN dan Pusat Islam USM dalam menjalankan aktiviti dan program keilmuan untuk masyarakat.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007