Dadaab, East Kenya, Sept 9 - Lifeline to Somalia HALUAN team mission 1 this morning rushed to the Somalian refugee IFO 2 camp along with partners Turkish IHH (Insani Yardim Vakfi) after getting information about a single mother Khadijah Mohammed, 18, who had just delivered the previous day.



Dadaab, 5 Sept – Kem pelarian Degahlei hari ini telah dikunjungi oleh tetamu kehormat iaitu Duta Turki Ke Kenya, Tuncer Kayalar. Duta Kayalar tiba di perkarangan khemah perubatan kelolaan Insani Yardim Vakfi (IHH) bersama rombongan kedutaan dan pemimpin masyarakat tempatan. Degahlei adalah antara kem pelarian terbaru yang dibuka oleh UNHCR bagi menampung pelarian dari Somalia yang bergolak dan sedang dilanda bencana kemarau dan isu kebuluruan.
HALUAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga petugas media BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, yang terkorban ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia pada hari Jumaat lalu.
SEPANG, 1 September – Misi bantuan kemanusiaan HALUAN ke Somalia telah memulakan langkah merentas sempadan dengan berlepasnya 3 orang sukarelawan yang terdiri daripada seorang doktor, petugas media dan pegawai logistik. Pasukan pertama bagi misi bantuan yang diberi nama Misi Talian Hayat Pelarian Somalia ini telah berlepas dari lapangan terbang KLIA menuju ke Nairobi, Kenya. Dari Nairobi, mereka akan meneruskan perjalanan darat menuju ke kem pelarian Dadaab di sempadan Kenya-Somalia.






