Dadaab, East Kenya, 9 Oct 2011 – The second Lifeline For Somalia team comprising three HALUAN members are now working hand-in-hand with international NGOs at the Dadaab Refugee Camp in Kenya-Somalia border. They are there with one noble mission – easing the hardship of Somalian refugees fleeing from the devastating drought and starvation in their homeland.



Kota Bharu, 9 Okt – “Kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam kehidupan adalah formula untuk mengembalikan umat kepada kegemilangan Islam sepertimana yang pernah dibina oleh tamadun Islam sebelum ini.” Demikianlah ucapan oleh YB Dato’ Hj Che Mohd Rahim bin Hj Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) ketika merasmikan Seminar Pendidikan Ummah 2011 (SPU2011) di Balai Islam Lundang di Kota Bharu, Kelantan semalam. Seminar anjuran bersama JAHEAIK, HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darul Naim ini telah berjaya menarik perhatian 527 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur yang memenuhi dewan semenjak jam 8.00 pagi.
Bukit Naga, Shah Alam, 2 Okt – Lebih 70 pelajar perubatan dan sains kesihatan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi serata Malaysia berkumpul di sini untuk menjayakan program Motivasi Minda Medik atau 3M yang berlangsung sehari suntuk, anjuran Haluansiswa Health Sciences (HS2) dengan kerjasama Kelab Kesihatan HALUAN (KKH), bertempat di Kompleks Haluan Penyayang (KHP), Kampung Bukit Naga, Shah Alam, Selangor.
Kuantan, 8 Okt - Pasukan dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan telah mengungguli pertandingan Futsal Relawan HALUAN Malaysia 2011 mengalahkan pasukan Kedah B pada pertandingan akhir dengan jaringan 1 - 0 manakala pasukan Pulau Pinang 1 dan Kelantan berkongsi di tempat ketiga. Pertandingan yang diadakan di Kuantan Futsal Centre, Kg Tiram ini merupakan anjuran bersama Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN dengan kerjasama HALUAN Negeri Pahang.






