LANGKAWI, 7 Februari - Kelab Basikal HALUAN Kedah/Perlis telah menganjurkan aktiviti jelajah berbasikal ‘HALUAN Tour Langkawi’ sejauh hampir 100 km mengelilingi Pulau Lagenda Langkawi pada 5 dan 6 Februari yang lalu. Seramai sembilan orang ahli kelab telah terlibat menjayakan program dua hari yang benar-benar menguji ketahanan fizikal peserta.



PUTRAJAYA, 22 JANUARI - Seramai 50 orang anggota Akademi Penyelidikan HALUAN (APH) dan pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah berkumpul selama sehari suntuk di Masjid Putra bagi mengembeling kepakaran bagi menggubal kurikulum sahsiah terpuji untuk pelajar KTD. Seminar yang dianjurkan oleh APH serta KTD dengan kerjasama Masjid Putra dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh penasihat APH, Prof. Madya Dr. Nik Mu’tasim. Perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia merangkap Ketua Eksekutif KTD.
Bangi, 16 Januari - Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 (JDK2010) melabuhkan tirai serentak di ketiga-tiga lokasi di seluruh negara. Majlis penutup bagi JDK2010 zon tengah yang bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Che Ibrahim Bin Che Man selaku Pengarah ILIM. Turut hadir adalah pemimpin masyarakat setempat yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan kursus kali ini. Waris serta ibubapa para peserta juga tidak ketinggalan memenuhi ruang auditorium sejak jam 10.00 pagi.
Bangi, 11 Jan - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) adalah pusat latihan Islam yang cukup sesuai melatih remaja-remaja Muslim ke arah menerapkan nilai-nilai Islam yang murni. Kompleks serba lengkap di Bangi itu mempunyai auditorium, bilik-bilik kuliah, asrama yang selesa serta cafeteria untuk membolehkan peserta menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan yang diberikan.
Kuala Kangsar, 7 Jan - Semangat yang tinggi. Begitulah gambaran umum sesiapa saja yang menziarahi kem JDK di Batu Ampar, Kuala Kangsar di mana lebih 80 peserta lepasan SPM 2010 berkemah dan memantapkan aqidah dan fizikal mereka selama tiga minggu genap.






