Kunak, 3 Mac 2010 -- Alhamdulillah, HALUAN dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung, pihak Ladang dan Pusat Pelajaran Daerah Kunak dan Semporna, Sabah telah menjayakan Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) dan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dari 26 Februari hingga 2 Mac 2010. Kedua-dua program tersebut adalah di bawah tajaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.



24 Januari 2010, Air Terjun Matang, Sarawak –- Buat julung kalinya ahli-ahli HALUAN yang tinggal atau bertugas di Sarawak telah berjaya mengadakan perjumpaan terancang bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan menyuburkan lagi usaha mendidik dan berbakti di Bumi Kenyalang.
Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 (JATIDIRI) telah melabuhkan tirainya pada 7 Februari 2010. Seramai 190 peserta lepasan SPM 2009 dari pelbagai sekolah telah berkampung di Kelantan semenjak 47 hari yang lalu. Sejumlah 10 modul yang meliputi aspek ruhiyah, dakwah, tarbiyah, kepimpinan, kemahiran keinsanan, pengurusan diri, pengurusan masa, rekreasi, kerjasama berpasukan, khidmat masyarakat dan lain-lain telah dilalui oleh para peserta di sepanjang program berlangsung.
Satu Seminar Kepimpinan Pelapis HALUAN Nasional telah diadakan pada 30-31 Januari 2010 di Komplek HALUAN Penyayang, Seksyen 32, Shah Alam, Selangor D.Ehsan. Seramai 90 pimpinan pelapis yang terpilih dari seluruh Malaysia telah hadir menjayakan seminar ini yang julung-julung kali diadakan. Seminar ini adalah sebahagian dari siri Latihan Kepimpinan HALUAN dalam melahirkan barisan kepimpinan yang wibawa dan berpengalaman.
Tidak pernah terlintas di hati majoriti kita bahawa berdakwah di kampus bakal menjadi teras kegiatan harian selain berusaha memperolehi segulung ijazah. Masakan tidak. Oleh kerana kesibukan mentelaah, berdiskusi, menghafal dan membentang untuk lulus, setiap warga pelajar kampus akan teruja dengan setiap ujian dan kuiz yang bakal menyusul.
Anda mampu bertahan tanpa makanan untuk hampir sebulan. Tetapi, tanpa air minuman, anda hanya mampu bertahan untuk seminggu. Dengan izin Allah.







