Berita HALUAN Negeri

Kempen Kutipan Dana untuk Tabung LL4S di Pulau Pinang

E-mail Print PDF

Pulau Pinang, 24 Sept – Telah meriwayatkan Muslim dan Abu Daud serta lain-lainnya daripada Rasulullah SAW bersabda: “Allah sentiasa membantu hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya yang lain.”

Last Updated ( Sunday, 09 October 2011 17:24 ) Read more...
 

Warga Kerja JPN Pahang Turut Menyumbang Kepada Mangsa Kebuluran di Somalia

E-mail Print PDF

KUANTAN, 23 September -- Warga kerja Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang di Kuantan begitu terharu mendengar kisah bencana kebuluran yang sedang melanda Somalia. Ceramah misi bantuan kemanusiaan Talian Hayat Somalia telah membuka minda dan menyentuh perasaan mereka untuk merasai betapa peritnya penderitaan rakyat Somalia yang terpaksa menjadi pelarian, bergelut dengan kelaparan dan penyakit untuk terus mengecapi kehidupan.

Last Updated ( Saturday, 24 September 2011 10:57 ) Read more...
 

Majlis Sambutan Aidilfitri dan Silaturrahim HALUAN Terengganu

E-mail Print PDF

Kuala Terengganu, 10 Sept - HALUAN Cawangan Terengganu telah mengadakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan silaturrahim di perkarangan pejabat HALUAN Cawangan Terengganu. Majlis yang bermula pada jam 10 pagi hingga 1 tengahari itu turut dihadiri oleh wakil-wakil NGO, penduduk-penduduk setempat, wakil-wakil masjid dan surau di sekitar daerah Kuala Terengganu.

Read more...
 

Pelajar Perubatan Ireland dan KKH Menabur Bakti di Hulu Terengganu

E-mail Print PDF

Kuala Berang, 23 Julai - Student Chapter Ireland di bawah Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah menjalin kerjasama dengan Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) di dalam satu program khidmat masyarakat di sebuah perkampungan orang asal di Kampung Sungai Berua di sini.

Program yang menggabungkan tenaga muda pelajar perubatan dan para doktor berpengalaman daripada HALUAN itu dikenali sebagai Program “Jalinan Bakti Terengganu 2011” (JBT) dan berlangsung selama lima hari dari 6 hingga 10 Julai. Para peserta program terdiri daripada kira-kira 40 orang mahasiswa dan mahasiswi dari 3 buah universiti perubatan di Ireland iaitu Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI), University College Dublin (UCD) dan Trinity College Dublin.

Peserta JBT Taklimat sunaton

Pengarah Program, Mohd Syafiq Amri bin Razak dari RCSI, menjelaskan antara sebab kenapa Kg Sungai Berua dipilih oleh komiti JBT pada tahun ini.

“Kemudahan kesihatan amat terhad di sini dengan kehadiran doktor untuk merawat penduduk kampung hanya sekali dalam tempoh dua minggu sedangkan ramai penduduk yang memerlukan rawatan.”

KKH telah membantu menjalankan pemeriksaan dan rawatan perubatan kepada kira-kira 80 orang penduduk serta mengendalikan program berkhatan (sunathon) beramai-ramai kepada 28 orang pelajar yang terpilih.

Gosok gigi Dr Ahmad Sabri Omar

Seramai 8 orang doktor berpengalaman dari KKH termasuk pakar ENT, bius dan O&G turun membantu menjayakan program ini. Mereka turut dibantu oleh beberapa ahli HaluanSiswa Medik. Di samping itu program pendidikan kesihatan kepada kanak-kanak tempatan juga telah dijalankan.

Peluang bersama dengan pengamal perubatan berpengalaman tidak disia-siakan oleh para peserta JBT. Dr Rosdan Salim, pakar ENT dari KKH telah menyampaikan taklimat mengenai “Career Pathway” dan disusuli dengan perkongsian panjang lebar oleh Dr Ahmad Sabri Omar mengenai realiti dan cabaran tugas sebagai doktor di hospital. Perkongsian yang relevan dengan masa depan para peserta ini benar-benar menarik tumpuan mereka.

Last Updated ( Saturday, 27 August 2011 09:38 )
 

Palestin adalah tanggungjawab seluruh umat Islam - Sheikh Abu Bakr

E-mail Print PDF

JOHOR BAHRU, 12 Jun 2011—Bagaikan satu keberkatan dari Allah SWT apabila dipilih oleh Syeikh Abu Bakr Al-Awawidah untuk menyampaikan ceramah kesedaran dan berita perkembangan mutakhir Palestin kepada umat Islam di sini. Ini merupakan lawatan kali pertama ke Johor oleh ulamak Palestin itu, yang buta matanya akibat disiksa rejim pengganas Zionis Israel.

Last Updated ( Saturday, 18 June 2011 07:39 ) Read more...
 
More Articles...
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Next 
  •  End 
  • »

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007