Berita HALUAN Negeri

Warga Masjid Bukit Besi Dungun Hayati Permasalahan Palestin

E-mail Print PDF

altDUNGUN - HALUAN Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah berjaya mengadakan Program Bicara Ilmu dengan tajuk Menerobos Tembok Kematian Gaza di Masjid Bukit Besi, Dungun Terengganu pada 25 Jun 2010. Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran penduduk sekitar 300 orang kalangan muslimin dan muslimat.  Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan KETENGAH) Tn. Hj. Abdul Latif bin Mohd Yusof.

Last Updated ( Thursday, 08 July 2010 17:13 ) Read more...
 

PESONA HALUAN Kelantan Lakar Sejarah Tersendiri

E-mail Print PDF

altKOTA BHARU - Biro Haluanita Kelantan melakar sejarah tersendiri setelah berjaya menggabungkan 56 orang remaja puteri yang berusia 13 hingga 17 tahun menyertai program Kem Personaliti Remaja (PESONA) Kelantan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam tersebut telah diadakan di Pusat Latihan KADA, Melor.

Last Updated ( Friday, 16 July 2010 00:05 ) Read more...
 

KAHFI Selatan Lahirkan Remaja Proaktif

E-mail Print PDF

altSEGAMAT, 22 Jun – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah berjaya mengadakan Kem Asah Fakulti Insan atau lebih dikenali sebagai KAHFI2010 pada 13 hingga 15 Jun 2010 yang lalu bertempat di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat, Johor Darul Takzim. Peserta KAHFI terdiri dari ahli Kelab Remaja HALUAN Zon Selatan yang berumur antara 13- 18 tahun. Alhamdulillah, seramai 82 orang peserta mendaftar, 44 orang peserta putera dan 38 orang peserta puteri.

Last Updated ( Tuesday, 29 June 2010 16:22 ) Read more...
 

Remaja Puteri Pahang Terdidik di Kem PESONA

E-mail Print PDF

altKUANTAN, 25 Jun - Alhamdulillah, Kem Personaliti Remaja Puteri ( PESONA ) anjuran Biro Haluanita, HALUAN Pahang berjaya diadakan buat julung kalinya  pada 14 – 15 Jun 2010 bertempat di Kem Sultan Ahmad Shah, Kg. Pandan, Kuantan. Seramai 62 orang remaja puteri berumur antara 13 hingga 18 tahun dari daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh telah menyertai kem ini dengan tema `Mengenali Diri`.



Menurut Pengarah Projek, Puan Hjh Norsaadah bt. Abd Hamid , program ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar-pelajar puteri mengenai matlamat hidup yang sebenarnya sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kefahaman mengenai matlamat hidup inilah yang akan berjaya  membentuk remaja menjadi hamba Allah yang sentiasa mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka. 

Last Updated ( Sunday, 27 June 2010 02:16 ) Read more...
 

Semarak Bersama Wira Gaza Anjuran JAKIM

E-mail Print PDF

altPUTRAJAYA, 24 Jun – Seramai 1000 orang peserta telah hadir ke program Semarak Bersama Wira Gaza anjuran JAKIM telah diadakan di auditorium, JAKIM baru-baru ini.  Majlis dimulai dengan ucapan aluan-aluan oleh Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dan seterusnya dirasmikan oleh Y .B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom.   Beliau mengucapkan tahniah kepada para badan NGO di bawah Lifeline 4 Gaza (LL4G) kerana berjaya membentuk arus baru kepada kesedaran masyarakat kepada isu Palestin.    Lapan orang relawan kemanusiaan Gaza dan para pimpinan badan NGO telah hadir dalam  majlis ini.  Presiden Haluan, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman turut hadir dalam majlis yang penuh makna ini.

Last Updated ( Sunday, 27 June 2010 01:41 ) Read more...
 
More Articles...

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007