Berita HALUAN Negeri

Ahli HALUAN Selangor Eratkan Lagi Hubungan Melalui Pertandingan Bola Tampar Antara Daerah

E-mail Print PDF

6 Mac 2010, Kuala Lumpur - HALUAN Selangor dengan kerjasama Biro Sukan & Rekreasi HALUAN Pusat telah berjaya menganjurkan pertandingan Bola Tampar Antara Daerah bertempat di Komplek Sukan Taman Tasik Titiwangsa. Sebanyak 8 buah pasukan mewakili pelbagai daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuk sebuah pasukan gabungan Negeri Sembilan dan Melaka telah memeriahkan pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah berjaya menghimpunkan lebih 100 orang pemain dan penyokong dari kalangan anggota HALUAN dari pelbagai peringkat umur.

Last Updated ( Wednesday, 10 March 2010 12:09 ) Read more...
 

KKH Kelantan Mendidik Berbakti di Kota Bharu

E-mail Print PDF

alt

Sesungguhnya salah satu dari Muwasofat Tarbiyah adalah "Nafi'un Li ghoirihi" atau "bermanfaat kepada orang lain". Oleh yang demikian kita perlu mempersiapkan diri kita untuk sedia berbakti dimasa sahaja.Bukan berbakti untuk bangsa, bukan berbakti untuk negara semata-mata, tetapi yang lebih besar dari itu adalah untuk kita berbakti demi untuk Islam. Kita mahu menjadikan khidmat kita ibadah disisi Allah. Kita berusaha menggarapkan khidmat kita untuk menjadi "pahala",

Last Updated ( Thursday, 25 February 2010 17:04 ) Read more...
 

Program Amal HALUAN Selangor Bersama Masyarakat Kg Jalan Kebun

E-mail Print PDF

Jalan Kebun, 20hb Februari -- Terik matahari kemarau bulan Februari tidak menggundahkan masyarakat Kampung Jalan Kebun serta relawan HALUAN sempena program membersihkan tanah perkuburan Islam berhampiran Berjaya Park. Program amal HALUAN Selangor bersama masyarakat pada Sabtu 20hb itu sememangnya disusun sebegitu rupa agar HALUAN dapat berinteraksi secara lebih akrab dengan masyarakat setempat.
 

Last Updated ( Wednesday, 24 February 2010 10:54 ) Read more...
 

HALUAN Pulau Pinang Terus Prihatin Kepada Mangsa Gempa Sumatera

E-mail Print PDF

Permatang Pauh, 12hb Februari 2010 -- HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu sesi tazkirah sebelum Jumaat di Masjid Jami’e Kubang Semang, Permatang Pauh bagi mendedahkan masyarakat tentang perkembangan terkini saudara seakidah di Padang, Indonesia yang telah dilanda musibah gempabumi tidak lama dulu. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Redhuan Zul’ala dari Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia, yang mengadakan kunjungan silaturrahim di sini.

Last Updated ( Wednesday, 24 February 2010 10:44 ) Read more...
 

Rakan Masjid Pusat Islam USM Anjur Wacana Pengalamanku Menjejaki Bumi Gaza

E-mail Print PDF

altP.Pinang - Rakan Masjid Pusat Islam Universiti Sains Malaysia P.Pinang dengan kerjasama HALUAN P.Pinang telah berjaya mengadakan Wacana Ilmiah Semasa (WISE) Siri ke 10 yang bertajuk Pengalamanku Menjejaki Bumi Gaza bersama Viva Palestina yang telah disampaikan oleh Tn Hj Noorazman Mohd Samsudin, Pengerusi HALUANPalestin. Program telah diadakan di Dewan Kuliah G31, Bangunan Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia pada 9 Feb yang lalu.

Last Updated ( Tuesday, 23 February 2010 03:20 ) Read more...
 
More Articles...
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »

Tahukah Anda?

Lebih dari 2700 bahasa dituturkan di dunia ini, dengan lebih 7000 loghat yang berbeza. Indonesia sahaja mempunyai 365 bahasa yang berbeza. SubhanaLlah.

Anda Ingin Menyumbang?

Anda Ingin Menyumbang?  Aktiviti dan program HALUAN bergantung kepada pelbagai bentuk sumbangan dan sukarelawan. Anda boleh turut membantu!


Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007