HALUAN Anjur Seminar Kepimpinan Pelapis di Shah Alam.

E-mail Print PDF

altSatu Seminar Kepimpinan Pelapis HALUAN Nasional telah diadakan pada 30-31 Januari 2010 di Komplek HALUAN Penyayang, Seksyen 32, Shah Alam, Selangor D.Ehsan. Seramai 90 pimpinan pelapis yang terpilih dari seluruh Malaysia telah hadir menjayakan seminar ini yang julung-julung kali diadakan. Seminar ini adalah sebahagian dari siri Latihan Kepimpinan HALUAN dalam melahirkan barisan kepimpinan yang wibawa dan berpengalaman.

Pada hari pertama, 2 kertas kerja dibentangkan. Kertas kerja pertama telah dibentang oleh Prof. Dato’ Dr. Abu Azam Md Yasin dengan tajuk Kepimpinan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini. Manakala Kertas Kerja kedua dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia dengan tajuk Kepimpinan Pelapis, Persediaan dan Ciri-cirinya. Disebelah malam, para peserta berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk sesi bengkel

Pada hari kedua, program dimulakan dengan sesi pembentangan dari 12 kumpulan yang dibentuk. Program diakhiri dengan Forum Perkongsian Pengalaman di jalan tarbiah dan dakwah oleh 3 orang panel yang dijemput. Mereka terdiri daripada Prof. Dato’ Dr. Abu Azam Md Yasin, Al Fadhil Ustaz Darus Senawi Ali, Timb. Presiden HALUAN Malaysia dan Al Fadhil Ustaz Abdul Hadi Osman. Forum ini dipengerusikan sendiri oleh Presiden HALUAN Malaysia, Prof. Madya Dr. Abdulah Sudin Ab Rahman. Ketiga-tiga ahli panel telah berkongsi sejarah pengalaman mereka sejak mula mengenali dakwah dan tarbiah sehinggalah dengan izin Allah mereka masih berada dalam jalan yang mulia ini. Ternyata perkongsian mereka benar-benar memberi manfaat kepada barisan kepimpinan pelapis yang dahagakan panduan dan bimbingan dari para syuyukh HALUAN. Semoga seminar pada kali ini akan dapat meningkatkan syuur dan kesungguhan kepada para peserta untuk terus mendidik dan berbakti dengan akhlak maknawiyah dalam memimpin masyarakat, insyaAllah.

Last Updated ( Wednesday, 10 February 2010 21:16 )  

Tahukah Anda?

Bayt al Hikmat, sebuah pusat keilmuan, adalah antara kunci kepada pembangunan sains hari ini. Pusat tersebut dibangunkan oleh Harun Al-Rashid di Baghdad, pada tahun 830 A.D.

Anda Ingin Menyumbang?

Anda Ingin Menyumbang?  Aktiviti dan program HALUAN bergantung kepada pelbagai bentuk sumbangan dan sukarelawan. Anda boleh turut membantu!


Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007