Gabungan anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS) merupakan gabungan beberapa buah institusi asrama anak yatim. ANAS memberi tumpuan khas kepada projek-projek pembangunan pendidikan secara terancang untuk penghuni asrama tersebut.
HALUAN dan ANAS telah mengadakan lawatan / ziarah ke beberapa rumah anak-anak yatim dan fakir miskin di sekitar lembah Klang.
Hasil dari program ziarah dan perbincangan tersebut, beberapa rumusan dapat di buat:
- Memperkukuhkan pendidikan anak-anak ini melalui modular latihan motivasi dan kemantapan belajar secara terancang.
- Membina tahap keyakinan diri dan minat belajar di kalangan anak-anak ini.
- Membina akhlak dan jati diri yang mantap di kalangan anak-anak ini.
- Melahirkan pelapis contoh yang berjaya dari kalangan bekas penghuni asrama.
ANAS telah membentuk rangkaian gabungan institusi-institusi tersebut, di antaranya:
- Asrama Haluan Penyayang Bukit Naga Shah Alam
- Rumah Limpahan Kasih Puchong
- Rumah Nur Hikmah Kajang
- Pusat Anak Yatim, Miskin & Tahfiz Al Amin di Teluk Intan
- Rumah Titian Kasih, K.Lumpur
- Asrama Taufik Islami, Selangor
- Asrama Munirah, Klang
- ANAS di Sabak Bernam & Kuala Selangor
Metodologi ANAS
CERAMAH & BIMBINGAN MOTIVASI (CBM)
Sesi ini penting untuk mendorong semangat dan keyakinan diri kepada anak-anak ini untuk mencapai kecemerlangan. Di sepanjang sesi ini 6 aspek penting akan di berikan kepada anak-anak ini:
- Motivasi Kecemerlangan Belajar
- Motivasi Kesedaran Diri
- Motivasi Perubahan Sikap
- Teknik dan Kemahiran Belajar
- Kemantapan Kerohanian & Penghayatan Ibadah
- Pembinaan Akhlak & Sahsiah
TUSYEN INTENSIF
Di sepanjang slot ini peserta akan dibimbing oleh GURU / fasilitator terlatih untuk mengukuhkan kefahaman peserta dalam subjek yang mereka lemah seperti English, Sains dan Matematik. Bimbingan juga akan diberikan kepada bakal calon PMR & SPM
MENTOR MENTEE (MM)
MM adalah program bimbingan dalam kelompok kecil. Anak-anak akan dipecahkan mengikut tahap umur dan setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang mentor/fasilitator. Kaedah ini sangat baik dalam memberi bimbingan secara berkelompok untuk mengenalpasti kelemahan dan tahap motivasi mereka. Melalui MM juga fasilitator dapat memberi tumpuan khusus untuk menangani kelemahan subjek mereka. Fasilitator adalah yang terlatih dari kalangan mahasiswa IPTA/IPTS.
PROGRAM LATIHAN CEMERLANG AKADEMIK & SAHSIAH TERPUJI
Kem dan latihan seperti ini perlu kendalikan untuk memberi pendedahan dan keyakinan diri kepada peserta. Peserta akan dibimbing oleh fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti IPTA /IPTS terpilih mengguna pakai pelbagai modul kemantapan diri.
Sekretariat ANAS
Penasihat: Dr. Hj. Azizan Ahmad
Pengerusi: Dr. Ahmad Makinuddin Dahlan
Setiausaha : Sdr. Ismail Mustaffa Kamal
Bendahari: Sdr. Wan Rafi Wan Hussen
Ketua Koordinator Projek: Sdr. Mohd Razali Maarof
Ahli Jawatankuasa:
1. Sdr. Lajarudi Lajahidi - Kawasan Puchong
2. Ustaz Muhammad Muzakkir Che Ani - Kawasan S.Alam & Kelang
3. Sdr. Manzur El Hasan Abd Aziz - Kawasan Kajang & Bangi
4. Pn. Halimah Jaafar - kawasan K.Lumpur
5. Cik Nor Asiah Bte. Yusof - Pentadbiran










