95 Pendidik Sertai Kolokium Institusi Pendidikan Sekolah Swasta

E-mail Print PDF

Kelab Guru HALUAN dan Biro Motivasi dan Kaunseling HALUAN telah berjaya menganjurkan Kolokium Institusi Pendidikan Sekolah Swasta (KIPS) kali ke-2 dari 14hb hingga 15hb November 2009 yang lalu. Kolokium tersebut telah diadakan di Dewan Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Terengganu, Terengganu.

Seramai 95 orang peserta dari kalangan guru, ustaz, ustazah, penolong kanan, guru besar, pengetua dan ahli lembaga pengelola dari pelbagai sekolah swasta hadir bagi menjayakan kolokium pada tahun ini. Menurut Pengarah Program, Cikgu Mohd Asri Abdul Hamid, sejumlah 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam Kolokium kali ini. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Cikgu Mohd Ghani Salleh, Setiausaha Agung HALUAN Pusat yang bertajuk Cabaran Menerajui Institusi Pendidikan Swasta. Kertas Kerja kedua dibentang oleh Ustaz Abdullah Thaidi Hasan, Pengetua Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam, Selangor dengan tajuk Kepentingan dan Pelaksaan Tarbiah dalam Institusi Pendidikan Swasta (IPS.)

Manakala kertas kerja yang terakhir telah dibentangkan oleh Cikgu Mohd Asri yang membicarakan tajuk Kepimpinan Intruksional dalam konteks IPS. Majlis Penutup Kolokium ini telah disempurnakan oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman. 

 

Last Updated ( Saturday, 05 December 2009 00:49 )  

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007