500 meriahkan rumah terbuka Aidilfitri HALUAN Kedah

E-mail Print PDF

HALUAN Kedah dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Wilayah Utara Berhad (KOINSAN) telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 3 Okt 2008 di Perkarangan Bangunan KOINSAN di Alor Setar. Alhamdulillah sekitar 500 orang para tetamu  telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir ialah YDP HALUAN, Kedah, Tn Haji Mansor Bin Md Daud, Bendahari KOINSAN, Tn Haji Mohd Yusof Bin Hussin, barisan kepimpinan HALUAN Kedah dan Ahli Lembaga Koperasi KOINSAN.

Majlis tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran, disusuli dengan ucapan aluan oleh YDP HALUAN Kedah.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar Tadika UMMI dan penyampaian hadiah duit raya kepada 200 orang anak-anak HALUAN, pelajar-pelajar Tadika UMMI dan Sekolah Rendah UMMI. Para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh ahli-ahli HALUAN dan kakitangan KOINSAN secara gotong royong. Antara juadah yang dihidangkan termasuklan ketupat, lemang, mee, bihun, laksa dan pelbagai kuih tradisional yang lain.

Semoga majlis ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan keluerga HALUAN dan masyarakat seluruhnya.

 

 

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007