47 Lepasan SPM Ikuti HIMEGA di Johor

E-mail Print PDF

altSimpang Renggam, 24 Disember –- Hijrah Menara Gading atau singkatannya HIMEGA telah berlangsung di Sekolah Rendah Agama Ghufran, Simpang Renggam dari pada 23hb hingga 24hb Disember 2009. Program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di negeri Johor ini telah menerima penyertaan daripada 47 orang pelajar lepasan SPM 2009 dari seluruh negeri Johor.

 

Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru HALUAN Johor dengan gandingan fasilitator daripada Kelab Siswa HALUAN Johor (HALUANSiswa.) Tujuan utama HIMEGA kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai halatuju pendidikan seterusnya selepas berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM.)

 

altPara peserta telah disajikan dengan pelbagai maklumat melalui  beberapa slot pengisian. Pada hari pertama Tuan Haji Abdul Razak bin Kaprawi yang merupakan seorang pensyarah di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI) telah menyuntik para peserta tentang kesedaran minda kelas pertama. Pengisian ini telah memberikan suatu impak yang dapat dilihat daripada keyakinan para peserta menjalani program selama 2 hari 1 malam ini. Pada sebelah malam pula, para peserta dibangkitkan jiwa mereka oleh Puan Hajjah Norlida binti Md Top, yang merupakan seorang kaunselor. Beliau telah dapat membawa peserta untuk merancang peta hidup mereka, dan diakhiri dengan pembentangan daripada setiap kumpulan peserta. Pada hari terakhir program, para peserta telah mendapat bimbingan daripada seorang lagi kauselor, iaitu Puan Hajjah Salmah binti Salleh, berkenaan halatuju pendidikan selepas SPM.

Program ini juga telah mendapat perkongsian langsung daripada mahasiswa dari pelbagai institusi pegajian tinggi. Dua slot perkongsian bersama HALUANSiswa telah dimanfaatkan oleh para peserta untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan pendidikan di menara gading.

Majlis penutup yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Abdul Hakim Mohammed, Naib Presiden HALUAN, juga diisi dengan peringatan dan bimbingan agar para peserta memperkuatkan diri dengan membentuk iman yang mantap bagi memastikan hijrah ke menara gading suatu hijrah yang sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007