16 pasukan sertai pertandingan futsal sempena program HALUAN bersama masyarakat di Kuala Perlis

E-mail Print PDF

KANGAR, 19 Julai 2009 - HALUAN telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal bersempena dengan program bersama masyarakat Kuala Perlis. Pertandingan yang diadakan di gelanggang futsal Tadza ini menghimpunkan sebanyak 14 pasukan dari kalangan belia Kuala Perlis, manakala HALUAN telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai kejohanan ini.

Hampir dua ratus orang yang terdiri daripada pemain dan penyokong pasukan datang bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Perlawanan yang diadili oleh pengadil Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sedikit sebanyak dapat mengawal keadaan perlawanan tanpa menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.

Johan perlawanan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250 serta medal, manakala pasukan-pasukan lain juga turut menerima hadiah masing-masing. Penganjur turut menyediakan anugerah khas bagi “pasukan berakhlak” yang menerima hadiah lawatan 2 hari 1 malam ke Langkawi. Hadiah tersebut telah dimenangi oleh pasukan UNF Iklas.

Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada sebelah malam selepas selesai ceramah Isra’ Mikraj yang disampaikan sendiri oleh ADUN Kuala Perlis serta beberapa orang wakil HALUAN. Semua para pemain yang merupakan belia masyarakat setempat turut mendengar ceramah yang disampaikan pada malam tersebut.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007