fbpx

HALUAN

HALUAN Agih Pek Makanan Ramadan Untuk Penduduk Orang Asli

HALUAN Agih Pek Makanan Ramadan Untuk Penduduk Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 1 Apr 2024 – Program Sejuta Barakah Ramadan (SBR) adalah program tahunan sepanjang bulan Ramadan anjuran HALUAN yang diadakan sejak tahun 2011 untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang amat memerlukan. Hasil sumbangan masyarakat ini akan diagihkan kepada para asnaf serta mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara termasuklah mangsa serangan …

“Back 2 School” Untuk Murid Sekolah Rendah di Kedah

“Back 2 School” Untuk Murid Sekolah Rendah di Kedah

ALOR SETAR, 21 Mac 2024 – HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI telah menganjurkan Majlis Sumbangan Program “Back 2 School” di Sekolah Rendah Islam Ummi (SeRU) di sini. Program ini telah mendapat sokongan daripada penaja utama, Telekung Rawdah, yang merupakan penaja kategori Perak. Majlis yang disempurnakan oleh YDP HALUAN Kedah, Encik Abdul Kadir Mahamood bertujuan  membantu …

SR TAHZIIB Rai Pelajar Kategori Keluarga B40

SR TAHZIIB Rai Pelajar Kategori Keluarga B40

PULAU PINANG, 24 Mac 2024 – Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ibrah (SR TAHZIIB) menjadi tempat yang penuh berkat pada Ahad lepas apabila menganjurkan Program Iftar Jama’i yang tidak hanya melibatkan guru dan pelajar tetapi juga waris, Lembaga Pengelola, serta jiran-jiran berdekatan dengan kehadiran sekitar 180 orang. Antara acara penting dalam program tersebut adalah penyampaian sumbangan …

HALUAN Johor Laksana Projek “Back 2 School” Untuk B40

HALUAN Johor Laksana Projek “Back 2 School” Untuk B40

SIMPANG RENGGAM, 1 Apr 2024 – Majlis sumbangan projek “Back 2 School” Johor yang dianjurkan HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI telah menyerahkan bantuan wang tunai kepada 10 orang murid daripada keluarga kategori B40 pada 28 Mac lepas. Majlis berimpak besar dalam membantu golongan miskin ini telah diadakan di Sekolah Rendah Islam As Syddiq di sini.. …

HALUANITA Putrajaya Sumbang Pek Makanan Pra-Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin

HALUANITA Putrajaya Sumbang Pek Makanan Pra-Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin

PUTRAJAYA, 4 April 2024 – Seramai 60 wakil keluarga kurang berkemampuan telah menerima bantuan program ‘Sumbangan Pek Makanan Sejuta Barakah’ dalam usaha HALUANITA Putrajaya meringankan beban wanita dan ibu-ibu tunggal daripada kalangan keluarga susah seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pengagihan sumbangan dilakukan di rumah-rumah penerima serta lokasi yang dipersetujui oleh penerima dan wakil. Seramai 16 …

Projek “Back 2 School” Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Projek “Back 2 School” Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

SHAH ALAM, 4 Mac 2024 – Projek sumbangan “Back 2 School” yang dianjurkan oleh HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI ternyata berkesan membantu murid B40 serta anak-anak keluarga ibu tunggal dalam membuat persediaan menyambut sesi tahun baharu persekolahan. Semalam telah berlangsung penyerahan bantuan itu di Sekolah Rendah Ibn Khaldun di sini. Majlis agihan sumbangan yang berlangsung …

Majlis Iftar RCEC Ceria Bersama Staf HALUAN dan NAMA Foundation

Majlis Iftar RCEC Ceria Bersama Staf HALUAN dan NAMA Foundation

SERI KEMBANGAN, SELANGOR, 4 Apr 2024 – Kehadiran pihak pengurusan tertinggi dan staf HALUAN serta NAMA Foundation dalam majlis iftar di Rohingya Community Educare Center (RCEC) di sini semalam sangat bermakna kepada para pelajar dan keluarga mereka. NAMA Foundation adalah sebuah yayasan yang diasaskan untuk memperkasakan sektor pendidikan dan organisasi masyarakat awam di seluruh dunia. …

Program Back2School Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Program Back2School Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

KOTA BHARU, 18 Mac 2024 – Hampir 30 pelajar menerima manfaat kemudahan persekolahan dalam majlis penyampaian sumbangan melalui Program Back2School yang telah diadakan di Sekolah Rendah Ugama (SeRU) Al-Hilal, di sini semalam. Program Back2School anjuran HALUAN dan Yayasan MATRI itu bertujuan meringankan beban keluarga pelajar daripada golongan B40 serta anak-anak kepada ibu tunggal. Projek ini …

Sumbangan Bermakna Buat Rakyat Palestin Oleh Masjid Muhammadiah Ipoh

Sumbangan Bermakna Buat Rakyat Palestin Oleh Masjid Muhammadiah Ipoh

IPOH, 24 Mac 2024 – Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina di sini telah menyumbangkan dana yang besar melebihi RM20,000 kepada Tabung Kecemasan Gaza yang dikendalikan oleh HALUAN. Masjid berkenaan telah bersungguh-sungguh dalam menghidupkan perjuangan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Palestin dengan mengadakan kuliah-kuliah mengenai Palestin setiap bulan sejak Oktober 2023. Kuliah-kuliah berkaitan Masjid …

50 Bakal Guru Terima Bantuan Sempena Ramadan

50 Bakal Guru Terima Bantuan Sempena Ramadan

SEREMBAN, 23 Mac 2024 – Dewan Gymnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) di sini menjadi tempat pelaksanaan Program FreeMarket dan Sumbangan Asnaf Siswa Pendidik semalam. Program ini bertujuan memperkenalkan HALUAN di IPGKRM dengan berkolaborasi dalam aktiviti bersama alumni dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKRM, serta memberikan sumbangan kuih raya dan wang tunai sempena …