fbpx

Posts Tagged: Biro Kebajikan HALUAN

Jom Korban Bersama HALUAN 1439H

Jom Korban Bersama HALUAN 1439H

BANDAR BARU BANGI, 8 Julai 2018 – HALUAN sekali lagi menganjurkan Program Ibadah Korban HALUAN 1439H menjelang Hari Raya Aidil Adha. Program yang dilancarkan oleh Presiden HALUAN semasa Majlis Sambutan Aidilfitri HALUAN tempohari kini telah mencapai tahun ke-18 penganjurannya. Pada tahun ini, HALUAN menyasarkan lebih 7,000 bahagian daging korban untuk diagihkan ke 19 buah negara …

Sumbangan Raya Untuk 17 Mahasiswa UM

Sumbangan Raya Untuk 17 Mahasiswa UM

PETALING JAYA, 4 Jun 2018 – Seramai 60 mahasiswa/wi Universiti Malaya (UM) hadir ke majlis berbuka puasa anjuran HALUAN pada 3 Jun lepas. Tujuh belas daripada mereka telah dipilih sebagai penerima sumbangan raya dari penderma awam. Majlis Food On Campus (F.O.C) berkenaan sekali lagi telah diadakan di rumah seorang pensyarah Fakulti Perubatan UM, Dr Rasheedah …

HALUAN Bantu Asnaf Jalan Kebun

HALUAN Bantu Asnaf Jalan Kebun

SHAH ALAM, 3 Jun 2018 – HALUAN terus bergiat menyalurkan sumbangan kepada masyarakat asnaf di Kampung Jalan Kebun di sini semasa program ziarah Ramadan yang lalu. Seramai 14 buah keluarga menerima sumbangan agihan pek Ramadan berbentuk barangan keperluan asasi bertujuan menyantuni dan membantu meringankan beban golongan asnaf terlibat. Program sepetang anjuran Biro Kebajikan HALUAN Cawangan …

Kanak-kanak HALUAN Rai Orangasli Sungai Gabai

Kanak-kanak HALUAN Rai Orangasli Sungai Gabai

HULU LANGAT, SELANGOR, 30 Mei 2018 – Lebih 60 buah keluarga orangasli di Sungai Gabai dekat sini telah diraikan oleh Pemudi HALUAN Putrajaya dalam sebuah program Anak-anak Cakna Ummah bertemakan Ramadan semalam. Aktiviti di Perkampungan Islam Orangasli itu dinamakan sebagai ‘Program Ramadan Gift-Pack Anak-Anak Bersama Fakir Miskin’. Seramai 17 orang peserta daripada kalangan anak-anak ahli …

Asnaf & Mualaf Kampung Medan Bersama HALUAN

Asnaf & Mualaf Kampung Medan Bersama HALUAN

TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR, 26 Mei 2018 – Saat yang bermakna buat enam keluarga asnaf dan mualaf Kampung Medan di sini tercapai apabila menerima kunjungan daripada wakil HALUAN. Kedatangan yang diraikan dan disambut baik oleh keluarga yang terlibat dalam program sepetang itu berjalan lancar. Antara sumbangan yang diberikan adalah barangan berupa pek makanan asasi hasil …

HALUAN Rai Asnaf Ziarah Ramadhan

HALUAN Rai Asnaf Ziarah Ramadhan

SUNGAI BULOH, 19 Mei 2018 – Seramai 11 orang peserta terdiri daripada Biro HALUANITA Selangor Unit Petaling Jaya telah turut serta menyantuni ibu tunggal dan asnaf di Kampung Melayu Sungai Buloh tempoh hari. Program ziarah Ramadan dan serahan sumbangan kepada penduduk asnaf itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Serahan sumbangan berupa barangan keperluan makanan harian dan …

Rohingya Manfaat Daging Korban HALUAN Pulau Pinang

Rohingya Manfaat Daging Korban HALUAN Pulau Pinang

PERMATANG PAUH, 4 Sept 2017 – Empat ekor lembu telah dikorbankan oleh ahli HALUAN Pulau Pinang bersama penyertaan masyarakat awam pada 3 September di SMA Ibrah, Tanjung Putus dekat sini. Bungkusan daging-daging korban itu telah diagihkan kepada penerima yang layak di persekitaran perkampungan Tanjung Putus dan di beberapa tempat lain. Ini termasuklah kepada komuniti Rohingya …