GERIK, PERAK, 6 Ogos 2023 – Dewan orang ramai masyarakat Jahai orang asli Kampung Air Banun di sini berwajah baharu bila mendapat pintu gril besi menggantikan pintu kayu dan bemban yang lama, terima kasih kepada penyumbang HALUAN dan Alumni Sains Kedah (ASSAK77). Pintu berkenaan dipasang oleh dua sukarelawan HALUAN Pulau Pinang diketuai Ustaz Abdullah Abrar …