Projek Pusat Pendidikan Komuniti Syria

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Syria
20 Donors

194 Days Left ,

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Syria

Raised: RM26,813.50 / Goal: RM230,000.00

Donate Now
Tarikh Akhir: 31 Dis 2018

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Office Of The Coordination And Humanitarian Affairs, sehingga November 2017, seramai 6.1 juta rakyat Syria yang tercicir dalam pendidikan. 3.1 juta daripadanya adalah wanita, iaitu 51 peratus. Manakala selebihnya adalah lelaki. Seramai 5.8 juta daripadanya kanak-kanak dan remaja berumur 5 sehingga 17 tahun. Bahkan 1 daripada 3 buah sekolah dalam keadaan musnah atau dijadikan tempat perlindungan.
Sebanyak RM150,000 diperlukan bagi penubuhan Pusat Pendidikan Komuniti ini. Dan terpaksa menelan belanja kos pengurusan sebanyak RM230,000 setahun.
Di atas keperluan ini, HALUAN mengambil inisiatif bagi membantu pendidikan anak-anak Syria. InsyaAllah, Pusat Pendidikan Komuniti Syria di Istanbul akan ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan alternatif kepada rakyat Syria. Bukan sahaja kanak-kanak yang bakal mendapat manfaat ini, bahkan wanita dan belia.