Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/haluan/public_html/banjir/wp-includes/cache.php on line 36

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/haluan/public_html/banjir/wp-includes/query.php on line 21

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/haluan/public_html/banjir/wp-includes/theme.php on line 540
Laporan Misi Bantuan Banjir HALUAN - Mendidik & Berbakti
December
16

Keadaan banjir di Pantai Timur dan Selatan Semenanjung semakin buruk dan tidak menentu, di mana lebih 23,000 mangsa kini dipindahkan ke pusat-pusat bantuan dan 13 orang kematian telah dilaporkan. Beberapa jalan utama, termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT,) terputus di beberapa tempat.

Bilik-bilik Gerakan Bantuan Banjir HALUAN kini aktif di tiga negeri berkenaan, iaitu Kelantan, Pahang dan Johor. Sehubungan dengan ini juga, HALUAN mengalu-alukan sebarang sumbangan dari masyarakat prihatin untuk meringankan beban dan musibah yang melanda mangsa-mangsa banjir.

Beberapa pasukan relawan dari negeri-negeri lain juga telah digerakkan, termasuklah pasukan relawan HALUAN Terengganu yang diketuai oleh Dr Azman, bergerak ke Temerloh.

Di Kelantan, Relawan HALUAN telah menziarahi keluarga En Adnan di Tunjong, Jalan Kuala Krai - Gua Musang. Anaknya yang berusia 10 tahun telah meninggal dunia akibat lemas di sungai. HALUAN turut menghulurkan bantuan barangan dapur dan wang tunai kepada keluarga En Adnan. Relawan HALUAN juga telah meradok air setinggi 2 kaki untuk menziarahi pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh dan PASTI Negeri di Kedai Buloh, Kijang.

Relawan HALUAN Kelantan juga telah menziarahi Pusat Banjir IPK Kelantan dan Bilik Gerakan Banjir SUK Negeri Kelantan. Orang ramai yang ingin ke Kelantan atau mendapat perkembangan maklumat banjir di Kelantan boleh menghubungi talian-talian Bilik Gerakan Banjir Polis berikut: 

Tumpat: 09-7257222

Pasir Mas: 09-7908222

Tanah Merah: 09-9556222

Jeli: 09-9440204

Gua Musang: 09-9121222

Kuala Krai: 09-9666222

Pasir Puteh: 09-7867222

Bachok: 09-7788222

Machang: 09-9751222

Something to say?

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.